Social Icons

Selasa, 13 Mei 2014

Program Jati Diri, Jiwa Murni, Komuniti Berjaya

SK SERIKAYA, 2 Mei 2014 - Jabatan Penerangan Malaysia melalui Pejabat Penerangan Perak Tengah telah menganjurkan program ini dengan jayanya. SK Serikaya ialah salah sebuah sekolah angkat Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Program ini merupakan salah satu sumbangan JPM untuk keluarga angkatnya.
   Program ini menyajikan dua slot ceramah motivasi sebelum majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Dato' Nasarudin Bin Hashim, ADUN Bota. Pihak sekolah merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya Jabatan Penerangan Malaysia dan Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah.


Pameran dari Pejabat Kesihatan Perak Tengah
Ustaz Ismail Shaari memberikan ceramah motivasi







Puan Che Zauyah memberikan ucapan
Encik Khairul Ferdaus
Perasmian penutup oleh YB Dato' Nasarudin





Majlis Persaraan Cikgu Othman & Cikgu Jumat

SK SERIKAYA, 25 April 2014 - Warga SK Serikaya telah mengadakan satu majlis bagi menghargai dua orang guru, Cikgu Othman dan Cikgu Jumat, yang bersara. Majlis ini walaupun sederhana namun meriah dimulakan dengan menyambut ketibaan Cikgu Othman dan Cikgu Jumat bersama isteri masing-masing, seterusnya mereka diiringi ke dewan.
     
     Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid, wakil guru, wakil PIBG dan Puan Guru Besar sebelum Encik Ahmad Zabri Bin Umordin, Penolong PPD KGSK, PPD Perak Tengah berucap dan menyerahkan watikah persaraan bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
    
     Cikgu Othman dan Cikgu Jumat juga berpeluang menyampaikan ucapan masing-masing dan berkongsi rasa dan pengalaman mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru. Warga sekolah juga berpeluang memberikan hadiah dan cenderahati sempena persaraan ini.
     
      Kami warga SK Serikaya mengucapkan "Selamat Bersara", "Tahniah" dan "Terima Kasih" untuk mereka berdoa. Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik sepanjang hayat dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Menanti kehadiran

Bergambar sejurus tiba



Bagaikan pasangan pengantin


Di atas pelamin

Ucapan Wakil Murid

Ucapan wakil guru

Ucapan YDP PIBG

Ucapan Guru Besar

Cikgu Jumat memberikan ucapan
Cikgu Othman memberikan ucapan

Encik Ahmad Zabri memberikan ucapan

Penyerahan Watikah Persaraan Cikgu Othman

Penyerahan Watikah Persaraan Cikgu Jumat

Sesi bersalam sebelum meninggalkan majlis





Isnin, 12 Mei 2014

Latihan Kecemasan Kebakaran

SK SERIKAYA, 1 April 2014 - Satu latihan kecemasan telah diadakan. Murid-murid diberikan latihan perkara-perkara yang perlu dilakukan seandainya berlaku kebakaran. Latihan ini dikendalikan oleh Cikgu Mohd Rosely Bin Hassan. Murid-murid bergerak dari kelas ke padang melalui laluan yang ditetapkan untuk berkumpul.


Murid-murid bergerak dari kelas ke padang

Guru menyemak kehadiran murid
Pengawas turut membantu

Murid-murid dalam keadaan siap siaga.
Cikgu Rosely memberikan taklimat

Selasa, 18 Februari 2014

Program Keibubapaan dan Majlis Akujanji Tahun Enam 2014







SK SERIKAYA, 13 Februari 2014 : Jawatankuasa Program Kecemerlangan dan Peningkatan Akademik UPSR 2014 telah menganjurkan "Program Keibubapaan dan Majlis Akujanji Tahun Enam 2014". Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa khususnya yang mempunyai anak di tahun enam, strategi dan teknik dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar berjaya di masa depan. Pada masa yang sama, murid-murid Tahun Enam juga diberi motivasi belajar dan membuat akujanji untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2014.

Program pada petang itu diserikan dengan kehadiran YB Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, yang juga Adun Belanja. YB Drs Mohd Nizar telah sudi menjadi motivator pada petang tersebut. Dalam ceramah beliau, YB Drs Mohd Nizar telah memberikan penekanan kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam mendidik anak-anak. Tanggungjawab dan keprihatinan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mengikuti pelajaran dengan sebaiknya. Murid-murid juga diseru membina kekuatan diri di samping menanamkan cita-cita yang baik apabila mereka dewasa nanti. Kejayaan di dalam UPSR hanyalah satu langkah dari beberapa langkah yang perlu dilalui untuk berjaya di masa depan.

Pada petang itu juga, selepas memberikan motivasi, YB Drs Mohd Nizar telah menyempurnakan majlis penyampaian beg sekolah kepada murid-murid SK Serikaya. Seramai 10 murid telah terpilih menerima sumbangan beg sekolah tersebut.



Sebahagian yang hadir



Puan Che Zauyah memberikan ucapan
YB Drs Mohd Nizar bersoaljawab dengan hadirin
Fahmy ceria ditemubual YB


Akujanji diketuai oleh Syed Fahmy Izzuddin

YB menyampaikan sumbangan beg sekolah
Cenderahati kenangan untuk YB


Selasa, 11 Februari 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah




SKSERIKAYA, 7 Februari 2014: Jawatankuasa Dakwah, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Perak Tengah telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya. Tujuan utama sambutan ialah mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan insan yang paling istimewa, Nabi Muhammad s.a.w.  pada umat Islam.
Sambutan dimulakan dengan perarakan diiringi dengan selawat melalui jalan kampung berhampiran sekolah. Sambutan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh     Ustaz Mohd Riza Shah B. Shaharudin dari SK Iskandar Shah, Parit. Sambutan turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan khat dan mewarna yang dijalankan selepas rehat.
Sambutan tahun ini sangat istimewa kerana keluarga angkat SK Serikaya, Kementerian Penerangan Malaysia melalui Pejabat Penerangan Perak Tengah telah berbesar hati memberi sumbangan kewangan bagi menganjurkan sambutan ini di samping menyediakan van siaraya bagi mengiringi perarakan selawat.
Seluruh warga SK Serikaya mengucapkan jutaan terima kasih pada Pejabat Penerangan Perak Tengah khususnya Encik Khairul Ferdaus Bin Mat Jilid, Pegawai Penerangan Perak Tengah dan pembantu-pembantu beliau atas sumbangan yang telah diberikan.

Encik Khairul Ferdaus bergambar kenangan
Van Penerangan mengiringi perarakan selawat

Encik Khairul Ferdaus memberikan ucapan
Ustaz Mohd Riza Shah menyampaikan ceramah
Cenderhati untuk penceramah

Ahad, 2 Februari 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014





SK SERIKAYA, 29 Januari 2014 : Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran ibu bapa amatlah menggalakkan. Mesyuarat Agung PIBG ini dirasmikan oleh Encik Khairul Ferdaus Bin Mat Jilid, Pegawai Penerangan, Pejabat Penerangan Perak Tengah. 
Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan semua ibubapa tentang peranan yang perlu dimainkan dalam PIBG ini. Beliau juga menasihati semua agar berhemat dalam berbelanja dan menguruskan perbelanjaan keluarga.
Dalam majlis yang sama murid-murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A1B menerima hadiah atas kejayaan mereka dalam UPSR pada tahun 2012 dan 2013.


YDP PIBG memberikan ucapan

Sebahagian AJK PIBG



YDP mempengerusikan mesyuarat.

Cikgu Zakiah dan Cikgu Fadzilahnor bertugas sebagai pencatat.
Murid cemerlang menerima hadiah dari En. Khairul Ferdaus