Social Icons

Profail Sekolah




Sejarah

     Sekolah Kebangsaan Serikaya telah diwujudkan atas kehendak pemimpin kampung pada pertengahan abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1950an. Nama sekolah ini di ambil sempena nama Kg. Seri Kaya. Sekolah asal telah dibangunkan di kampung ini berhampiran dengan Sungai Perak  dengan berbekalkan tiang bulat berdinding tepus dan atap nipah. 

     Selepas kemerdekaan negara kita, sekolah ini telah dipindahkan ke lokasi sekarang ini dengan sebuah bangunan kayu beratap zink. Bermula dari sekolah bertaraf SKM ( Sekolah Kurang Murid ) kini menjadi sekolah Gred A. Bangunan sekolah juga sudah bertambah dan memuatkan satu kelas untuk setiap peringkat Tahun 1 hingga 6 dan beberapa buah bilik khas lain seperti pusat sumber, makmal sains, kelas pemulihan, bengkel kemahiran hidup, pejabat, bilik guru, kantin, dewan, surau  dan makmal komputer.


Visi
     
      "PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK SEKOLAH SEJAHTERA"


Misi

  "MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA" 


Moto

    "SUKSES KAMI SUKSES KECEMERLANGAN" 

Matlamat

    SK Serikaya sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang-bidang yang dicakupi adalah seperti berikut :

  • Pembelajaran
  • Pengajaran
  • Bimbingan dan pembentukan sahsiah
  • Gerakerja luar
  • Pentadbiran
  • Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan