Social Icons

Jumaat, 27 Disember 2013

Kursus Dalaman KSSR Tahun Empat 2014






SK SERIKAYA, 24 Disember 2013 : Satu kursus dalaman telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada semua guru mengenai pelaksanaan KSSR untuk Tahun Empat yang akan dilaksanakan mulai 2014. Ruang yang ada telah digunakan bagi guru-guru yang telah menghadiri kursus KSSR di peringkat daerah untuk menyebarkan maklumat kepada guru-guru lain. KSSR Tahun Empat terdapat sedikit perbezaan dari segi pelaksanaannya iaitu tiada lagi sistem SPPBS secara online tetapi menggunakan sistem rekod offline.


Cikgu Najiha membentangkan KSSR Matematik




Mendengar pembentangan




Perbincangan mengenai bahan yang dibentangkan


Mesyuarat Kurikulum






SK SERIKAYA, 23 Disember 2013 : Satu mesyuarat kurikulum telah diadakan bagi membentangkan dan membincangkan perancangan kurikulum SK Serikaya 2014. Semua guru telah diberikan buku panduan penyelarasan tugas dan takwim sekolah 2014. Jadual waktu peribadi dan kelas juga diserahkan pada hari tersebut. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Che Zauyah Binti Ali, Guru Besar SK Serikaya itu menjadi ruang untuk semua guru membincangkan strategi kurikulum untuk 2014. 





Cikgu Fauzilah memberikan penerangan

Cikgu Paridah melontarkan idea



Cikgu Zainuddin tekun meneliti takwim sekolah