Social Icons

Piagam Pelanggan

Sesungguhnya kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Serikaya, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi mencapai cita-cita tersebut :

  1. Mempastikan semua murid mendapat tempat belajar bermula di hari pertama persekolahan dan seterusnya. 
  2. Mempastikan setiap murid mendapat hak dan layanan yang sama rata.
  3. Mempastikan semua urusan pentadbiran sekolah dapat diselesaikan secepat mungkin.
  4. Mengeratkan hubungan dengan seluruh masyarakat sekeliling melalui PIBG dan sebagainya.
  5. Memberi perhatian dan menyelesaikan masalah ibu bapa dengan kadar segera.
  6. Menjadikan Visi dan Misi sekolah menjadi agenda utama.
Kami bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan