Social Icons

Sabtu, 25 Januari 2014

Merentas Desa 2014





SK SERIKAYA, 24 Januari 2014: Murid-murid tahap 2 telah menyertai Merentas Desa peringkat sekolah. Wajah ceria dan gembira murid-murid menambahkan lagi seri aktiviti ini. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Zainuddin dan diikuti dengan senaman yang dibimbing oleh Cikgu Ilmu Azam. Puan Che Zauyah, Guru Besar SK Serikaya bertindak sebagai pelepas bagi acara merentas desa ini. Semua pemenang telah menerima hadiah dalam satu majlis ringkas di akhir aktiviti.


Cikgu Zainuddin memberi taklimat

"Warming up"



Puan Che Zauyah menyampaikan hadiah kepada pemenang


Selasa, 21 Januari 2014

Mesyuarat AJK PIBG 1/2014





SK SERIKAYA, 21 Januari 2014 : PIBG SK Serikaya telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara penting yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Mesyuarat telah dihadiri oleh AJK PIBG dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Zin Bin Isa, Yang Dipertua PIBG SK Serikaya. Encik Mohd Zain dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa terima kasih pada pihak sekolah dan AJK PIBG atas komitmen baik semua pihak sepanjang 2013. 

YDP PIBG mempengerusikan mesyuarat






Cik Norafizah melontarkan idea.

Pn Hjh Madihah berkongsi pandangan





Isnin, 13 Januari 2014

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2014




SK SERIKAYA, 13 Januari 2014 : Satu majlis penyerahan watikah perlantikan telah diadakan pada waktu perhimpunan pagi Isnin. Semua pengawas telah menerima watikah perlantikan dari Puan Che Zauyah Binti Ali, Guru Besar SK Serikaya. Upacara bacaan ikrar pengawas telah diketuai oleh Ketua Pengawas, Syed Fahmy Bin Syed Khidir. Puan Che Zauyah dalam ucapannya, mengingatkan semua pengawas, tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka. Semua pengawas juga diingatkan menjaga disiplin diri dan menjadi contoh pada murid-murid lain.

Puan Che Zauyah menyampaikan watikah perlantikan ketua pengawas kepada Syed Fahmy

Syed Fahmy mengetuai bacaan ikrar

Barisan pengawas sekolah

Ahad, 12 Januari 2014

Kokurikulum sesi 2014 bermula.






SK SERIKAYA, 8 Januari 2014 : Bermulalah aktiviti kokurikulum bagi sesi persekolahan 2014. Aktiviti pertama kokurikulum ialah pemilihan jawatankuasa unit-unit beruniform, persatuan-persatuan dan kelab-kelab permainan. Kehadiran murid amatlah menggalakkan. Pemilihan jawatankuasa berjalan lancar. Istimewanya tahun ini, SK Serikaya menambah satu lagi unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, menjadikan tiga unit beruniform kesemuanya yang diwujudkan di sekolah ini.



Pasukan Pengakap sedang mengadakan pemilihan


Majoriti memilih...

Pengerusi Pengakap menyampaikan ucapan sulung beliau

Sebahagian guru penasihat Puteri Islam


Setiausaha Kelab Bola Baling mencatat maklumat

Khamis, 2 Januari 2014

Kembali ke sekolah



SK SERIKAYA, 2 Januari 2014 : Sesi persekolahan dimulakan secara rasmi hari ini. Semua murid diminta berkumpul dahulu di dataran kejat untuk mendengar taklimat ringkas sebelum masuk ke kelas masing-masing. Kelihatan murid-murid sungguh ceria dengan persekolahan hari ini. Semoga momentum ceria ini berkekalan  dan lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan diraih tahun ini.


Puan Che Zauyah (Guru Besar) menyampaikan taklimat ringkas

Ustazah Azizah membetulkan barisan murid
Cikgu Fauzilah asyik menangkap gambar
Cikgu Jumat yang ceria

Hari Orientasi Tahun Satu 2014




SKSERIKAYA, 31 Disember 2013 : Murid-murid Tahun Satu sesi 2014 mula melangkah ke sekolah pada hari ini. SK Serikaya telah mengadakan hari orientasi bagi memberi pendedahan pada murid-murid serta ibu bapa atau penjaga mereka mengenai persekolahan mereka di sini. Taklimat disiplin, program j-QAF dan LINUS juga diadakan untuk ibu bapa dan penjaga. Warga SKSK mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini.


  
Cikgu Ilmu Azam memberikan taklimat LINUS

Sebahagian ibu yang mendengar taklimat