Social Icons

Selasa, 18 Februari 2014

Program Keibubapaan dan Majlis Akujanji Tahun Enam 2014







SK SERIKAYA, 13 Februari 2014 : Jawatankuasa Program Kecemerlangan dan Peningkatan Akademik UPSR 2014 telah menganjurkan "Program Keibubapaan dan Majlis Akujanji Tahun Enam 2014". Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa khususnya yang mempunyai anak di tahun enam, strategi dan teknik dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar berjaya di masa depan. Pada masa yang sama, murid-murid Tahun Enam juga diberi motivasi belajar dan membuat akujanji untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2014.

Program pada petang itu diserikan dengan kehadiran YB Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, yang juga Adun Belanja. YB Drs Mohd Nizar telah sudi menjadi motivator pada petang tersebut. Dalam ceramah beliau, YB Drs Mohd Nizar telah memberikan penekanan kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam mendidik anak-anak. Tanggungjawab dan keprihatinan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mengikuti pelajaran dengan sebaiknya. Murid-murid juga diseru membina kekuatan diri di samping menanamkan cita-cita yang baik apabila mereka dewasa nanti. Kejayaan di dalam UPSR hanyalah satu langkah dari beberapa langkah yang perlu dilalui untuk berjaya di masa depan.

Pada petang itu juga, selepas memberikan motivasi, YB Drs Mohd Nizar telah menyempurnakan majlis penyampaian beg sekolah kepada murid-murid SK Serikaya. Seramai 10 murid telah terpilih menerima sumbangan beg sekolah tersebut.



Sebahagian yang hadir



Puan Che Zauyah memberikan ucapan
YB Drs Mohd Nizar bersoaljawab dengan hadirin
Fahmy ceria ditemubual YB


Akujanji diketuai oleh Syed Fahmy Izzuddin

YB menyampaikan sumbangan beg sekolah
Cenderahati kenangan untuk YB


Tiada ulasan:

Catat Ulasan