Social Icons

Selasa, 11 Februari 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah




SKSERIKAYA, 7 Februari 2014: Jawatankuasa Dakwah, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Perak Tengah telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya. Tujuan utama sambutan ialah mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan insan yang paling istimewa, Nabi Muhammad s.a.w.  pada umat Islam.
Sambutan dimulakan dengan perarakan diiringi dengan selawat melalui jalan kampung berhampiran sekolah. Sambutan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh     Ustaz Mohd Riza Shah B. Shaharudin dari SK Iskandar Shah, Parit. Sambutan turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan khat dan mewarna yang dijalankan selepas rehat.
Sambutan tahun ini sangat istimewa kerana keluarga angkat SK Serikaya, Kementerian Penerangan Malaysia melalui Pejabat Penerangan Perak Tengah telah berbesar hati memberi sumbangan kewangan bagi menganjurkan sambutan ini di samping menyediakan van siaraya bagi mengiringi perarakan selawat.
Seluruh warga SK Serikaya mengucapkan jutaan terima kasih pada Pejabat Penerangan Perak Tengah khususnya Encik Khairul Ferdaus Bin Mat Jilid, Pegawai Penerangan Perak Tengah dan pembantu-pembantu beliau atas sumbangan yang telah diberikan.

Encik Khairul Ferdaus bergambar kenangan
Van Penerangan mengiringi perarakan selawat

Encik Khairul Ferdaus memberikan ucapan
Ustaz Mohd Riza Shah menyampaikan ceramah
Cenderhati untuk penceramah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan