Sejarah
Sekolah Kebangsaan Serikaya telah diwujudkan atas kehendak pemimpin kampung pada pertengahan abad ke 20 iaitu sekitar tahun 1950an. Nama sekolah ini di ambil sempena nama Kg. Seri Kaya. Sekolah asal telah dibangunkan di kampung ini berhampiran dengan Sungai Perak dengan berbekalkan tiang bulat berdinding tepus dan atap nipah.
Selepas kemerdekaan negara kita, sekolah
ini telah dipindahkan ke lokasi sekarang ini dengan sebuah bangunan
kayu beratap zink. Bermula dari
sekolah bertaraf SKM ( Sekolah Kurang Murid ) kini menjadi
sekolah Gred A. Bangunan sekolah juga sudah bertambah dan memuatkan
satu kelas untuk setiap peringkat Tahun 1 hingga 6 dan beberapa
buah bilik khas lain seperti pusat sumber, makmal sains, kelas pemulihan,
bengkel kemahiran hidup, pejabat, bilik guru, kantin, dewan, surau dan makmal komputer.
Visi
"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK SEKOLAH SEJAHTERA"
Misi
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"
Moto
"SUKSES KAMI SUKSES KECEMERLANGAN"
Matlamat
SK Serikaya sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang-bidang yang dicakupi adalah seperti berikut :
- Pembelajaran
- Pengajaran
- Bimbingan dan pembentukan sahsiah
- Gerakerja luar
- Pentadbiran
- Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan